Sunday, June 1, 2008

Selamat Melayari Blog ini

Blog ini dibina khas untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan. Tujuan utamanya adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar,ibu bapa dan kepada sesiapa sahaja yang meminati bidang seni. Pendidikan Seni Visual adalah merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah ini, malahan peratusan kenaikan kejayaan pelajar turut meningkat setiap tahun.







Seni Visual
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Pelajar dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

No comments: